Sunday, 1 April 2012

SYARIKAT PEMBINAAN 10 YANG TERBAIK DI MALAYSIA

           


      
                                   






UEM Group Berhad 


UEM Group Berhad, sebuah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad, merupakan sebuah konglomerat kejuruteraan dengan empat bahagian perniagaan teras – Lebuh raya; Bandar & Pembangunan Hartanah; Kejuruteraan & Pembinaan; dan Pengurusan Aset & Kemudahan. UEM Group yang memiliki aset berjumlah USD9 bilion dan dana pemegang saham melebihi USD2.4 bilion sehingga Disember 2009 terlibat dalam pelbagai projek infrastruktur dan pengangkutan yang ikonik di dalam dan luar negara. Beribu pejabat di Kuala Lumpur, UEM Group turut mempunyai kehadiran di lebih daripada 20 buah negara termasuk Brunei, Indonesia, India, Australia, New Zealand, Kanada, United Kingdom, Timur Tengah dan Afrika Utara. Selari dengan peranannya sebagai rakan pembangunan negara, UEM Group telah dan akan terus memberi sumbangan yang nyata untuk pembangunan modal insan, intelektual dan alam sekitar serta masyarakat tempatan.




UEM Builders

UEM Builders Berhad, sebuah anak syarikat milik penuh UEM Group Berhad merupakan salah sebuah syarikat utama dalam industri pembinaan dengan portfolio perniagaan yang pelbagai termasuk perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan, pengurusan infrastruktur dan konsesi tol. Kepakaran UEM Builders terletak pada rekaan dan pelan, serta membina dan mengurus kerja-kerja kejuruteraan sivil, mekanikal dan elektrikal bagi projek-projek infrastruktur dan pengangkutan berskala besar di Malaysia dan di luar negara. UEM Builders mempunyai rekod pencapaian yang terbukti cemerlang dalam beberapa projek pembangunan Pengangkutan & Infrastruktur utama serta projek berkaitan Bangunan & Kemudahan yang merangkumi lebuh raya, jambatan, transit bandar, rel, lapangan terbang, stadium, institusi, komersial, penjagaan kesihatan, pembangunan perumahan dan sebagainya. UEM Builders telah memainkan peranan yang signifikan dalam membangunkan lanskap Malaysia melalui pembinaan infrastruktur negara. Syarikat ini mempunyai kehadiran di Abu Dhabi, Arab Saudi, Qatar, India, Brunei, Indonesia dan Singapura.


No comments:

Post a Comment